meronta dalam penjara rasa
dikelilingi tembok resah
menghimpit diri
aku menjerit...s a k i t
bebaskan aku ke pelabuhan sepi
bersama pilu kaku gundah resah
keliru simpang penunjuk arah
ilusi mencengkam emosi
parah dimamah duga
tersimpul harap jua
merungkai perjalanan
aku ingin sebebas helang
bermain angin
tanpa bimbang
kerana aku bukan lagi
pipit melayang...

2 comments:
salam singgah.
kebebasan menjadi takut
kebebasan menjadi berani..
bebas..tapi hati dan rasa terpenjara..
Post a Comment