telah bertemu aku terlalu banyak kehidupan
perjalanan membuak resah namun kuteruskan jua
kerana aku tidak lelah mencari bahagia
kerana aku tidak punya waktu menunggu
tanpa mengorak langkah walau getir dalam hidup
kerana airmata adalah semangat
aku adalah watak hidup yang suram
mengumpul mimpi mimpi semalam
dalam perjalanan yang kelam
aku terjebak dalam menghalusi deritanya
bukan takdir yang bersalah pada hidup
yang harus diberi erti
keletihan aku mengongsi derita
melihat suram bintang di langit malam
aku lebih berani mengejar mimpi
walau kasar durinya terasa di kaki
namun aku tidak serik menyeka gelombang
membebas diri dari cerca mereka yang
tiada henti mencari dosa
kupohon keindahan dari hati yang rawan
kupungut cebisan duka dan kubina ia menjadi
harapan.
moga langit kembali damai
dan aku bisa lena menikmati rahmatMU..

No comments:
Post a Comment