Sunday, January 17, 2010

PAYAH

dari nafas yang tenang kusingkap bahagia dari celah jalur alam
tatkala keriangan menguntum santunnya, jiwa didera kerana
perbuatan yang merimaskan yang menyakitkan
ada arus ganas deras mengadun nekad dendam nista
entah siapa, senyum dalam pura pura ketawa dalam mungkar
menyapa raguku pada tulus sebuah persahabatan
betapa ranum buah buah fitnah yang akarnya disirami debu debu dusta
kebenaran di depan cermin adalah bayang bayang licik mencipta alasan
namun masih ada yang sudi menjengah serambi diri
meniup api semangat  dan harapan
andai masih punya ruang buatkumengukir setianya
akan kususun bilah bilah harapan dan mengharung gelombang persahabatan
akan kusapa cahaya petang yang terbit dari tiris hari
dan tidak sesekali aku merelakan perpisahan dari tinta yang berdarah
kerana kebenaran begitu PAYAH...

No comments: