Saturday, January 30, 2010

SAPU TANGAN (buat Qasih)

sehelai saputangan
terlipat kemas
dalam saku waktu.

sehelai saputangan
renyuk sendiri
dalam sunyi.

sehelai saputangan
kuhulur perlahan
buatmu menyapu
airmata pilu.

sehelai saputangan
adalah teman
setia menyimpan
rahsia duka kita..


dari dalam diri..kelompen

8 comments:

Qasih said...

AIR MATA WALAU DISEKA TERLULUH JUA..SETIAP KALI IA GUGUR..TERKANDUNG RAHSIA YANG BERBEZA..

kelompen said...

airmata dan perempuan adalah kudrat yang lembut tapi tenat, aku kalah bila matamu berkaca...

Qasih said...

AIR MATA ADALAH TEMAN DUKA..SETIAP KALI TERLUKA IA HADIR DALAM SETIA..

kelompen said...

tiada salah menitiskan airmata kerana rasa dalam jiwa, kerana lara dalam cinta...

Qasih said...

KETIKA JIWA MENJADI LARA..YANG TINGGAL HANYA RESAH DAN GELISAH..KETIKA AKU MELANGKAH..AIR MATAKU TELAH KU TINGGALKAN BERSAMA LUKA SEMALAM..

kelompen said...

luka yang memberat
duka yang sarat
lara yang sejat
menjadi titis mengarak mendung yang terkurung
menakung airmatamu..dalam sayu..

Qasih said...

DALAM SETIAP PAYAH..WALAU MENAKUNG AIR MATA..KAKI HARUS TERUS MELANGKAH..MENCARI TITIK PENYUDAH.TIKA IA JATUH. SEMUANYA SUDAH TERHENTI..SEMUANYA SUDAH MATI..

kelompen said...

tiada mudah..hidup yang payah