Andai masih sudi
Sampaikan pada sebuah rasa
Yang tecicir di lembah duka
Kerana kita tidak memiliki apa-apa
Selain tangis dan air mata
Andai masih sudi
Sampaikan pada sebuah rasa
Dalam mencari kekhilafan diri
Bahawa dunia sekadar persingahan
Akhirat jua kekal abadi
Andai masih sudi
Sampaikan pada sebuah rasa
Saat rembang petang menerawang
Hamparan rindu mengetar sukma
Menebar gelisah di pinggir hati
Andai masih sudi
Sampaikan pada sebuah rasa
Tika buih gelombang mengalun sesak
Tersulam duka debur ombak nestapa
Lautan jiwa pun kebanjiran rasa
Andai masih sudi
Sampaikan pada sebuah rasa
Dalam menafsir makna setia
Melewati nyanyian putih malam
Dan langitpun kembali damai...
.jpg)
2 comments:
Qasih
terimakasih sudi singgah
ruang teduhku..
Kelompen
Ruang teduhmu adalah tenangku..izinkan aku berteduh walaupun di hujung ranting sementara menanti sinar bahagia menjelma lagi..
Post a Comment