Tuesday, February 2, 2010

HATI YANG MATI



Ada apa pada sekeping hati yang mati
Dalam makna yang keliru
Melangkah ke ruang kosong
Seperti hari hari kelmarin,tanpa sesiapa
Kerana aku ingin sendiri

Mencari diri yang telah hilang
Keinginan menangis
Kemahuan mengemis
Di pelusuk rimba,dusta mengunci diri
Menghalang sebuah setia

Seorang pengembara kerdil
Adalah aku di bumi gersang
Biar paling akhir diembuni bahagia
Biar hanya menerima sisa sisa cinta
Dengan mulut menyebut
Dengan hati menafsir

Dalam malam larut yang gelita
Akulah kupu kupu kelana
Gugur di kaki hari
Dan kau kah itu
Yang berdiri di pintu
Ketika lenaku..

No comments: