Peduli apa
Andai aku berkaki ayam
Melewati kerikil hidup
Kerana aku tidak punya sepatu
Peduli apa
Andai aku duduk bercangkung
Menghitung putaran cekrawala
Kerana aku tidak punya kerusi
Peduli apa
Andai aku melangkah ke lorong hitam
Melihat hanyir kehidupan
Kerana aku masih punya akal
Peduli apa
Andai aku menghukum alam
Pada sebuah ketidak adilan
Kerana aku berhak bahagia
Peduli apa
Andai kuturut kata hati
Mengikut pada segala inginku
Kerana takdir ku aku yang punya!
6 comments:
Qasih
puisi protes.
kita berhak kepada diri kita
kerana kita adalah kita
bukan sape sape
...gua suka puisi ne
Adakala kita berhak memilih jalan hidup sendiri kerana setiap pijar hidup kita yang menempuhnya..
bila...
teriak datang..
ketelinga mu..
mencebek bibir...
mengetus.. diri..
bersama...
sisa... duka... lara ...
nestapa...
biar orang mencerca...
biar org mengata...
biar dia berdosa..
kita tetap kita...
kita peduli apa...
kita jaga identiti kita..
kita tau sape kita...
sajak ini entah apa-apa
sapa baca sakit kepala...
tak nak sakit kepala.....
...
...
....
......
.......
jangan baca.
beshla puisi ni
abeli..kadang2 kita jadi keliru apabila langkah kita pincang di mata orang sedang kita yang mengheret kaki sendiri dalam menempuh kelat hidup..
ummi aliaressa...dalam hidup kita perlu menjadi diri kita meski payah kerana kita menempuh setiap getir dengan sendiri..dengan luka peribadi...
Post a Comment