Monday, March 8, 2010

DI MANA ILHAMKU



Dengan tangan beku yang kaku
Bersimpuh menghadap paksi
Mencari makna dalam penjara diri
Hilang dalam pencarian sendiri
Pena ku dari rintih hidup semalam
Tariannya adalah gelombang perasaan
Namun tintanya kering di pinggir hati
Di mana ilhamku...
Dalam setia kau melakar resahku...
Lenyap di sebalik rongga waktu..
Perjalanan nya berselang seli
Antara pahit dan kelat hidup..
Di mana ilham ku...
Menyorok antara awan awan kelabu
Berselindung di celah rumpun gelisah
Hadirlah untuk kuukir kesakitan ini
Menjadi sebuah memori silam
Buat insan yang mengerti.....

6 comments:

kelompen said...

Qasih
ilham umpama nescafe yang kita hirup bersama pagi yang redup, ilham juga laut tafsir yang berbagai, tenunan hidup yang tiada terungkai,mencari nya payah ketemu,kekadang memenatkan, dengan catatan hari..ilham kepada seniman adalah laut kepada ikan...

Qasih said...

Ilham adalah keperluan buat seniman..dalam buntu dan kesakitan ilham datang melontar setiap resah gelisah menjadi sebuah puisi..andai ilham pergi di manakah hendak ku luahkan resahku..

faziz ar said...

salam Qasih
ilham yang hilang
ibarat suara yang terbang
ke mana ia dilayah angin?
naik tinggi ke langit biru?

Qasih said...

Salam kembali saudara faziz,
Ilham jua umpama nyawa pada seniman..andai ia terbang walau ke langit biru..,ia pasti singgah kembali..kerana ilham dan seni adalah pertalian yang sukar dirungkai..

GHAFAR BAHARI said...

Salam Qasih
Ilham datangnya dari pohon yang rendang, di tiup angin berguguran bertebaranlah ia.

Qasih said...

Saudara ghafar..ilham akan sentiasa hadir walau dalam lelah menanti..seorang penulis akan setia menanti kerana ilham adalah sebahagian dari hidupnya..,adalah tinta yang akan melakar setiap bait bait perjalanan rasanya..