Friday, March 19, 2010

DIA DALAM AKU



















Akulah...
Orang yang aku rindu
Dan orang yang aku rindu..
Adalah aku...
Dua jiwa bersatu dalam satu..
Takala kau melihat dia
Kau juga melihat aku..
Engkau adalah aku dalam segala rahsia
ku lihat kau dalam hati..
Ku lihat kau dalam diri..
Kuketuk pintu hatiku..
Kerana itulah pintu mu..
Kucari dia dalam tubuhku
Kerana itulah sifatmu..
Aku tidak mampu melihat mu..
Tapi dapat melihat indah..
Pada air mengalir..
Pada desir pohon..
Pada kuakan sayap burung terbang..
Pada lindungan pohon rendang..
Pada alunan angin berhembus..
Pada kilau kilat di awan..
Dalam lubuk jiwa yang hidup..
Subur rasa rindu..
Terhindar hijab antara kau dan aku..
Kerana kau ada dalam dadaku...

12 comments:

kelompen said...

Qasih
puisi sufi makna hakikat dan zat mengenal diri dalam diri
semakin banyak kita kaji
menjadi dekat kepada Khaliq
menjadi kenal akan afaal
mengenal zat dan sifat..wahai nafsu yang tenang, kembalilah ke dalam diri..

Qasih said...

Kelompen,
Jalan yang lurus adalah jalan yang dekat.antara aku dan dia dan antara makhluk dan khaaliq..antara maksud dan ujud,.Sifat2 tuhan yang tiada terhingga tersimpul dalam perkataan..sesiapa yang mengenal dirinya maka dia akan mengenal tuhannya..

GHAFAR BAHARI said...

Qasih
sajak ni dah masuk aliran sufi ni.Dalam makna nya,hebat hebat.

GHAFAR BAHARI said...

Qasih
semoga dipimpinNya ke jalan yang lurus sebagai seorang kekasih.

GHAFAR BAHARI said...

Qasih
Nafas itu ruh Allah
yang ditiupkan pada kita
nafas itu yang menghubungkan
ikatan cinta
nafas itu sebenarnya
Kekasih yang pertama.

Qasih said...

Saudara ghafar,
benar kata2mu..Indah itu sifat tuhan..Rasa indah itu digambarkan dengan seni..Kerana itu seniman dan sufi berdekatan sekali..hakikat mengenal diri bukan pada lahiriah tapi isinya.melihat kulit tanpa menilai isi tiada maknanya..Payah2 mencari bilah..bilah ada di dalam buluh,payah2 mencari allah,allah ada di dalam tubuh..Muga kita adalah antara yang memiliki cinta hakiki..

GHAFAR BAHARI said...

Qasih
Alhamdullillah semuga diberi petunjuk dengan ilmu dan kefahaman dengan lebih mudah.

Qasih said...

Saudara Ghafar..,
Qasih bukan seorang yang mengetahui tapi seorang yang ingin mengetahui betapa di dalam diri terkandung sesuatu yang sangat berharga yang kita sendiri tidak sedari..Harta karun yang berada di dalam diri..mudah2an kita akan dapat merapatkan diri dan menyintai diri untuk mendapatkannya amin..

GHAFAR BAHARI said...

Qasih
Doa dari saya untuk Qasih juga.Amin.

Qasih said...

Terima kasih saudara Ghaffar..kesejahteraan buat hati2 yang tenang..

diksi said...

Salam Qasih,

"jejak - menikmatinya".

Qasih said...

Salam diksi..
terima kasih kerana sudi menikmati sajian hati yang masih kurang asam dan garamnya..