Monday, March 22, 2010

SANDARKAN RESAHMU DI BAHUKU




















Ketika gelombang menyimpulkan seloka camar
Segulung resah menempel hambar
Air matapun semakin gersang
Meredhakan gerhana menjengah suram..

Terlukis malam dari gelung jiwa yang rapuh
Terlihat kelat di wajahmu menanggung rasa
Dengan nafas gelisah yang berjela..
Keinginanmu menangis dalam kalbu

Sandarkan resahmu di bahuku
Biar pintu hari menyimpan segenap luka
Aku masih di sini mengukir setia...
Mengubat hatimu yang gundah,jiwa mu yang parah

Lenyapkan sangsi yang berlubuk di hati
Biarkan hidup mengelepar mencari arah sendiri
Akan kuhambakan diri ke laut impianmu..
Kekasih..aku ingin menyembuhkan lukamu...

20 comments:

kelompen said...

Qasih
sebuah rumah dan impian seorang pelaut, tentang daratan, tentang kapal dan pelabuhan. angin kerap bermain, bersama deru resahnya.
sesekali terhenti di sini, terasa tenang menyandarkan resahku di bahumu, dengan puisi...

Qasih said...

Kelompen..
alangkah indahnya andai dapat mengubat resah yang bersarang di hati insan yang kita sayang..impian dan harapan akan tertunai andai dua jiwa saling memerlukan dan bergantungan antara satu sama lain..

kelompen said...

Qasih
betapa indah laut dengan hadir pantai, betapa indah gelombang bersama angin, segala berkait bersulam..

faziz ar said...

salam qasih
ke mana hujungnya sebuah pelabuhan resah? ke mana dermaganya sebuah kapal rindu singgah? ke mana sauh kasihnya diturunkan berlabuh..?

Qasih said...

Segalanya dianugerahkan berpasangan..kalau firasat berkata hidup adalah iradat..maka tauhid menyatakan bahawa hidup adalah cinta..yang hadir dari rasa rindu
pada hakikatnya satu hati paling sempit untuk memuatkan dua cinta..

Qasih said...

Salam saudara Faziz..
Tiada hujung pada sebuah pelabuhan resah..Dermaga rindu singgah di lantai sepi dan sauh kasihnya berlabuh di penjuru hati..

kelompen said...

Qasih
anugerah pada wujud, mensyariatkan keindahan, menzahirkan kenyataan, bahawa tiada mudah menafsir diri dalam diri..meski dicuba berulangkali, diheret ke sana sini, untuk mengenal hati, kenalilah diri, makna nya mungkin senang tapi bukan tenang, selamanya diri terus mencari tanpa ketemui, kerana makin banyak kita bertanya, kisar kisahnya berbalik dalam diri..

Qasih said...

Kelompen..,
Menafsirr diri sendiri begitu sukar apalagi mahu menafsir yang lain..dalam diri tersimpan segala rahsia yang terkurung maka bukakanlah..yakinkanlah dengan hati..apa yang diingini dari yang haq..dengan tasdiq yang jazam..

kelompen said...

Qasih
ada sirat dalam surat
dengan liku dalam lalu
dengan arus tanpa putus
semakin kita kaji, semakin kita tahu maknanya kita makin tidak tahu..

Qasih said...

Kelompen,
Kajilah yang tersirat dari yang tersurat..kenali hati yang salim(sejahtera)dengan ilmu hati bernama makrifat.yang mengenal jasad akal,mengenal niat roh,mengenal hakikat ..insan,mengenal ilmu.. nur dan yang mengenal DIA adalah hati..dan kasih sayang yang lahir dari jiwa buat kekasih..

kelompen said...

Qasih
ingin kusandarkan resah ini
ke bahu malam, ada bulan dan bintang, agar dibawanya ke langit arasy, semoga tenang ada di situ, menatap tanpa jemu

Qasih said...

Kelompen,
Sandarkan resahmu pada segenap rasa dalam jiwa..menikmati keindahan hakiki dengan kecintaan yang agung padanya..

GHAFAR BAHARI said...

Qasih
kusandarkan sepi sedih
ke bahumu dindingMu
alangkah banyaknya kesilapan
yang telah kulakukan dulu
hingga tidak terpikul lagi
oleh kesalku.
Di hamparan hijauMu aku berserah
sujud dalam pasrah.

Qasih said...

Saudara ghafar..,
Sandarkan lah kesedihanmu itu dibahu keinsafan dan kosongkan hatimu dari kerungsingan..selidiki lubuk diri agar kesedihan yang bersarang di hati
menjadi jiwa yang tenteram..Tiada di namakan insan,melainkan banyak nisyaanya dan tiada dinamakan nisyaa kerana banyak lupanya..Juruskan pandanganmu kepadanya..basuhlah hatimu dengan zikirullah..muga jiwamu tenteram..

Mokde said...

salam, mohon buat link ke blog saya

Cetusan said...

bisa tak lena tidur

GHAFAR BAHARI said...

Qasih
PadaNya tidak pernah kulupa
hanya suasana alam sentiasa membuat rinduku padanya menjadi begitu sayu.Aku terharu kerana begitu banyak yang ia berikan padaku sedang kan aku dulu dilambung ombak derita.Menanggis aku kerana terlalu gembira.

Qasih said...

Salam mok de..,
terima sudi menjenguk dan insyallah..

Qasih said...

Salam singgah zeq zeq..

Qasih said...

Saudara Ghafar,
Mengingatinya dan merinduinya adalah kecintaan kita yang kuat padanya..Ajarlah hati kita supaya mensyukuri pemberiannya..kenalilah ia dengan sepenuh hati,sepenuh takwa..jadikan dunia untuk jiwa,akhirat untuk hati dan tuhan untuk rahsianya...