Tuesday, March 23, 2010

SIAPALAH AKU


















Siapalah aku ..
Tertumpang di ranting pohon
Di hujung dahan meneguk embun
Bertenggek antara kering daun

Siapalah aku..
Sekuntum bunga liar di tanah gersang
Menjalar akar tumbuh melata
Melilit tersenggang antara nafas

Siapalah aku..
Terlontar antara sejuta indah
Pasrah takdir menunding jari
Bersenandung gemalai bersulam harap

Siapalah aku..
Hanyut karang di dada laut
Terserpih dari gengaman hari
Menyelinap diri ..menyelongkar hati..

Siapalah aku..
Hanya mendukung bebayang diri
Semakin meninggi setiap kali
Dan malampun semakin menekan diri...

Siapalah aku antara kudrat dan iradat...

6 comments:

kelompen said...

Qasih
menjadi diri yang berdiri sendiri adalah hasrat dengan kudrat, tanpanya segala tiada jalan dengan arah. degala payah, segala resah adalah rentetan jauh perjalanan. bukan bermakna menang, seandainya berjaya, tidak jug abeerti kalah andai kecewa. menang dan kecundang adalah falsafah makna perjuangan. tiada mudah sebenar mudah...andai hidup semata mata hidup.

Qasih said...

Kelompen..,
Adakala kita merasakan kehidupan ini hanyalah pentas dunia yang pelbagai warna..dan pelakunnya adalah badut2 yang diarah untuk melakunkan watak2 bodoh..menjadikan diri kita umpama tiada memiliki apa2..

faziz ar said...

salam..
dirimu sebenarnya adalah dirimu..
punya kekuatan dalam bait puisimu
kuntum-kuntum bunga kata yang kau lontarkan di dada maya
membuat aku rindu
menunggu puisi-puisimu...

Qasih said...

Saudara Faziz,
Terima kasih kerna menilai diriku dengan tulus hatimu..Sebenarnya Qasih hanyalah umpama musafir yang telah menemui kembali dirinya setelah sesat dalam perjalanan..Perjalanan adalah guru setia dalam menentukan arah..Semuga puisi2ku menjadi kerinduan pada yang memahami bahawa tidak mudah melangkah untuk mencari makna hidup..

iDAN said...

emmm! Tahniah! anda telah memenangi Anugerah Beautiful Blogger sila ke situs saya

Qasih said...

Penyair Idan yang Qasih Segani..,
Terima kasih atas anugerah itu Betapa terharu kerana blog yang tak seberapa dan banyak kekurangan tersenarai..terima kasih..