Wednesday, March 17, 2010

TAKDIR

















Dunia ini bagai hijab bagi akhirat
Telah ku teguk segala ceria dan kepedihan..
Dan telah kuminum dari wadah waktu
Lalu takdir telah menuangkan kesedihan
Pada segenap kemahuannya..
Gunung2pun bergetaran dan hilang dari pandangan
Setiap saat adalah kedukaan dan ketakutan
Kuhulur kembali kepada takdir
Waktu2 yang bergantungan
Bersabarlah wahai jiwa yang lara..
Atau engkau akan merana dalam kesedihan..
Usah meminta yang lebih atau kurang..
Takdir meliputi segala sesuatu yang berasingan
Dalam kefanaanmu..Tiada kemampuan yang terkalahkan..
Takdir akan menyatu dalam setiap nafasmu...

6 comments:

kelompen said...

Qasih
pada segala ketentuan, kita mengharap terbaik tetapi kerap kita dapat bukannya kita harap dan bukan kita harap apa yang kita dapat, Segalanya dari DIA, dari mahfuz, menjurus kepada maksud dan maujud. Berpangkalkan redha, segalanya..

Qasih said...

Kelompen..,takdir menentukan segalanya..letakkan diri dbawah pukulan takdir..dan lazimkan diri bersyukur atas segala nikmatnya..siapalah kita untuk mengatasinya..

faziz ar said...

salam qasih
kita tak mempu melawan takdir
tapi kita boleh memohon kepadaNya untuk mengubah takdir itu ,oga-moga dikabulkan olehNya..
kiat telah tertakdir sejak dari mula...

Qasih said...

Salam faziz..sememangnya kita tidak mampu melawan takdir namun masih berpeluang untuk memohon agar diberi kesempatan yang terbaik buat kita..qada dan qadar tuhan telah ditentukan sedari azali..dan layakkah kita untuk menerima kesempatan yang lain..terasa kecilnya diri ini untuk meminta..

Zawawi Aziz said...

Kupilih puisimu yang satu ini
kerana kelainan dan isinya.
Ya,kau memang boleh !

Qasih said...

Saudara zawawi..Trima kasih kerana menghayati makna puisi qasih..terlalu kecilnya diri ini kerna masih hijau dalam berpuisi..akan qasih jadikan kata2itu sebagai semangat untuk terus berkarya..