Sunday, April 4, 2010

PETAKA APAKAH INI...



















Petaka apakah ini...
Takala dedaun meninggalkan reranting
Sekawan camar malang melempar resah
Menjunamkan ingin di dasar lautan..

Petaka apakah ini...
Ketika setia pungguk menanti bulan
Kelam langit menyembunyikan pandangan
Lalu penglihatanpun tertipu oleh kabur kabut

Petaka apakah ini...
Saat terbina cinta antara senggang dan ruang
Kusutpun memintal setiap harap
Menghancurkan segulung impian

Petaka apakah ini...
Menyelinap ke setiap ruang mampir
Menenggelamkan segala ingin
Mematikan jejak2 langkah

Detikpun terhenti...
Lenyap...
Hancur...
Dalam irama sendiri

7 comments:

kelompen said...

Qasih
dalam kemelut dan kalut
tiada yang mudah
menongkah arus
ketika warna senja
merapati malam
arasy tetap mengadun indah
warnanya gelisah..

Qasih said...

KELOMPEN..,
Segala yang terjadi adakala memaksudkan sesuatu kejadian..setiap keinginan seringnya menjadi keliru apabila ia hanya mampu hadir dan pergi..tanpa singgah..

faziz ar said...

petaka adalah cobaan yang harus kau hadapi..
kelak apabila ia pergi pasti cahaya gemilang kan mengusul...
di saat itu kebahagiaan yang terbit diufuk pagimu dan senjamu...

Qasih said...

saudara faziz,
petaka itu adalah ujian yg telah diperuntukkan kerana kasihsyg DIA pada kita,,ada hikmah di sebalik ujian itu..dan muga sinar bahagia akan muncul jua walau di ujung usia..

kelompen said...

Qasih
kepada sebuah hadir, kita merasai kehilangan, kepada sebuah hilang kita merasai kesakitan, dengan sakit kita belajar untuk tidak serik..kerana perjalanan adalah kepayahan, dengan sendiri..

Zawawi Aziz said...

apabila berlaku kekeliruan
carilah lorong pilihan supaya
ketemu laluan indah, biarkanlah peristiwa itu terbang lalu menghilang...

Qasih said...

Saudara Zawawi..,
Hidup adalah rentetan perjalanan yang menyakitkan..namun andai masih ada ruang buat hati merasai erti sebuah bahagia..itulah sesuatu yang paling berharga buat seorang insan..