Friday, April 2, 2010

SEHELAI DAUN KERING


















Sehelai daun kering
Gugur dari ranting
Di bawa angin
Ke hujung musim

Sehelai daun kering
Melayang memusing
Dihempas angin
Ke hujung masa

Sehelai daun kering
Terdampar layu
Mengharap pulang
Ke hujung ranting

Sehelai daun kering
Meniti usia..
Dalam redup rapuh
Luluh...

9 comments:

kelompen said...

Qasih
sehelai daun kering
menjadi asing
mendap kerana angin
bersama harum tanah
ke lantai abadi..
pasti

Qasih said...

Kelompen..,
Sehelai daun kering umpama wajah diri..Usia..,masa..,adalah saat2 yang pasti hadir dalam setiap langkah kehidupan..

faziz ar said...

salam qasih
sehelai daun kering
dilayah angin
rangup digilis
roda-roda waktu

Qasih said...

Saudara faziz..,
kejadian alam adalah perjalanan hidup yang rapuh..umpama daun kering kita sering menjadi pertaruhan dalam setiap langkah hidup..muda menjadi tua,sihat menjadi sakit dan kehilangan..

GHAFAR BAHARI said...

Qasih
Kulihat sehelai daun kering
memancarkan sinar keemasan disuluh mentari pagi.

Qasih said...

Saudara Ghaffar

Alangkah indahnya andai daun kering itu adalah aku yang masih punyai erti meskipun di hujung usia..

Qasih said...

Saudara Ghaffar

Alangkah indahnya andai daun kering itu adalah aku yang masih punyai erti meskipun di hujung usia..

GHAFAR BAHARI said...

Qasih
semoga Allah membuka ruang penyelesaian untukmu.kerana ada hikmah disebalik ketentuannya.Saya yakin dia kan memberi yang terbaik untukmu.

Qasih said...

Saudara Ghafar,
semuga doa dan kekuatan yang diberikan menjadikan semangat buat meneruskan hidup ..