Thursday, May 27, 2010

KERANA DAN ANDAI






















Kerana aku adalah Qasih..
Layar2 derita telah ku diamkan
Ke pelabuhan sepi..
Mempertaruhkan harapan
Dalam mencari secebis sayang..
Segalanya terkunci dan seakan mati
Ku buka pintu bahagia..
Yang sekian lama tertutup rapat
Kejap dan kemas..
Membebaskan diri dari penjara rasa..
Namun payah tetap berbingkai luka..
Ketika aku ingin keluar dari benar yang yang sempit
Dusta hadir memenuhi setiap ruang..
Suara2 sumbang menafsir dengan hati yang keliru
Saat bahagia yang kukongsi diragut kembali dengan rakus
Aku sedar kau bukan milikku..

Andai aku bukan Qasih..
Aku tetap seorang wanita..
Mendambakan arti dalam setiap mimpi2 indah
Penat dalam menikmati sepi yang tidak pernah mati..
Gundahku semakin melebat..
Tenangku semakin meluruh..
Bimbangku pada segala ragu..
Sepi dan luka umpama bunga yang terdampar di dasar bumi
Air mata tanpa silu..menitis dan hanyut ke dasar hati..
Dan di sini..ada cinta yang sedang menanti...

9 comments:

zeqzeq said...

kerana anda lawa

Qasih said...

Zeqzeq..

kerana tiada kesempurnaan yang mampu menjanjikan sebuah kebahagiaan..

kelompen said...

Qasih
kerana adalah andaian, tamsil hanya kiasan, usah menyalahkan laut kerana masinnya, jangan mempersenda angin kerana derunya menjadi taufan, benarlah kata bidalan, ombak dan gelombang adalah resam lautan, onak dan enau adat ke hutan, harga sebuah ketenangan, hanya diri yang mengenal diri..

Qasih said...

kelompen..,

dalam apa jua situasi,menerima hukum alam..dan ketentuan dengan pasrah bahawa setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya..ujian apapun darinya.. ia sedang merajut yang terbaik untuk kita..di atas sana.mudah2an..

Zawawi Aziz said...

semuga diiringi dengan
doa dan pasrah

GHAFAR BAHARI said...

Semuga Qasih beroleh bahagia.Sutuasinya sama kita bukan bersunggut tapi hanya mengadu merayu belas kasih dari Nya.Kita hanya ingin bercerita semuga lapang kusut di dada. Sebagai hamba sebagai kekasih juga tempat kita mengadu.
kadang kadang dalam diam itu pun ada jawapannya,kerana dia lebih tahu. kerana sebahagian dari ketenangan itu datang dari alam dan bukan dari manusianya.Sabar je la.

Qasih said...

Saudara Zawawi..,

terima kasih dengan doa dan harapan..

Qasih said...

Saudara Zawawi..,

terima kasih dengan doa dan harapan..

Qasih said...

Saudara ghaffar,

Setiap ujian yang datang mengagar kita lebih dewasa namun sedewasa manapun kita,adakala kita tak mampu melawan ketentuan dan selebihnya kita memberontak untuk keluar dari kemelut yang mencengkam..