Saturday, May 15, 2010

WANITA BERTUDUNG HITAM DAN LAUT



















Seorang wanita bertudung hitam..
Di pohon tua di pinggir pantai
Setia merenung gelombang laut
Menanti pulang wajah suami..

Sekian lama suami hilang lenyap
Angin perkasa merangkul tubuh
Laut ganas menelan seluruh..
Menenggelamkan segala impian

Seorang wanita bertudung hitam..
Melontar gelisah mencari bayang
Dalam getir menaruh harap
Biar pada secebis mungkin

Kelopak mata berona sayu..
Memandang kenangan dalam lipatan
Bagai terlupa musim berlalu
Janji kekasih direntap badai..

Sepi serimbun pohon itu..
Adalah dirimu menanggung pedih
Bagai ada yang tercicir..waktu sudah tiada arti..
Payungmu rabak ketika mentari perit memekik

Bertaburan bagai rindu semalam
Menanggung bimbang merampas pasrah.
Kau  akan terus menanti..sambil memunggut duka
Atau terus mati dalam setia...

2 comments:

kelompen said...

Qasih..
wanita itu dengan tabah
merelakan laut memiliki hati
membiarkan angin mengusap diri
sebenarnyalah dia cukup faham
hukum alam
bahawa hidup tiada mudah..
selamanya

Qasih said...

kelompen..,
setia laut kadang2 menenggelamkan segala impian..pada laut kita mencari rezeki dan kepada laut jua kita berserah..