Friday, June 11, 2010

BEBAS KAN AKU

















Saban hari
Kekalutan semakin berserabut
Penyelesaian dihijabkan
Dengan keangkuhan
Keegoan menyelinap
Di segenap ruang

Bebaskan aku...
Dari penjara jiwa ini
Selama aku di sini
Santapan ku adalah pahit hidup
Hamparan ku adalah duri duri berkaca
Minuman ku dari cangkir air mata
Pakaian ku reja reja kepiluan
Segalanya sekian lama
Mengurung setiap inginku...

8 comments:

kelompen said...

Qasih
ketika kalut renunglah laut
bersamanya angin menderu
camar dan helang bermain angin
melempiaskan ingin
ketika pilu kenanglah rindu
bersamanya hati
bersenandung irama hidup
amat payah

Qasih said...

Kelompen..,

Hidup umpama duri2..setiap langkah menyakitkan..saat aku ingin keluar dari kesakitan ini aku terus terpasung oleh kezaliman hati yang tidak pernah mengenal erti kasihan..dan aku akan terus akan melangkah walau dengan kaki berdarah untuk mencari bahagiaku yang sekian lama tercicir di telan waktu...

kelompen said...

Qasih
setiap kita mengharap yang terbaik, ketentuan adalah milikNya. Andai takdir mrngatasi tadbir, segala hak. Melangkah lah biar perlahan tapi tegap, berdirilah biar tetap, jangan goyah, berlarilah setelah puas menapak kerana hidup ini sebentar hanya..

Qasih said...

Kelompen..,

Mudah2an langkahku adalah yang terbaik untuk mencari bahagia yang hilang..aku ingin sendiri tanpa memiliki kerana aku telah jenuh disakiti oleh insan bergelar lelaki..

kelompen said...

Qasih
belajarlah mengenal laut kerana masinnya, bukan kerana luas birunya warna, berbeza pelangi kenalilah kerana indah 7 warna warninya bukan nyata, sekadar titis air cuma.

Qasih said...

Kelompen..,

Thanx..kerana memberi semangat untuk aku terus hidup dalam kancah derita dan aku percaya suatu masa bahagia pasti menjelma walau di ujung usia..amin.

GHAFAR BAHARI said...

Qasih
Kebahagiaan itu akan datang jua.Semua orang inginkan bahagia.Jangan mudah berputus asa carilah ia.

Qasih said...

Saudara ghaffar,

Terima kasih kerana memahami..Semuga sinar bahagia akan hadir lalu membebaskan diri dari penjara yang memasung setiap bahagia yang berhak kita kecapi..