Sunday, June 13, 2010

BIAR


















Biar hidup berlapis duga

Biar wajah berbalut kaca

Biar awan menyelar rasa

Biar mulut berkata nista

Biar mata menjeling siapa

Biar kaki melangkah alpa

Biar semua berlaku semahunya...

Kita cuma rupa tanpa suara

Siapalah kita...

6 comments:

zeqzeq said...

biarkan stalker menjelma

kelompen said...

Qasih
aku keliru di sini kerana dirimu membiarkan segala, seolah berputus harap, seolah hilang arah. Benar membiarkan segala, melegakan kotak fikir kita, tiada sengketa

Qasih said...

Zeqzeq,

Biarkan segalanya berlaku mengikut hukum alam...

Qasih said...

kelompen...,

setelah kita berusaha untuk mencuba dan sering kali gagal dalam mengatasi..kecewa akan menjadi semakin dekat dan setiap kali itu kita akan pasrah dengan ketentuan...

GHAFAR BAHARI said...

Qasih
Bersabarlah sentiasa.

Qasih said...

saudara ghaffar,

Adakala membiarkan sesuatu terjadi dengan berdiam diri adalah lebih baik dari menongkah arus melawan takdir..