Sunday, February 14, 2010

KURANG AJAR




Biar aku jadi kurang ajar
Pada dunia yang celupar
Meludah wajah wajah busuk
Dari celah celah hanyir hidup

Topeng topeng pelbagai warna
Berubah setiap putaran waktu
Hina,keji,hasad bergulingan
Mengelepar mencari titik nista

Kaki kaki keterbiadaban
Menerajang setiap ruang ruang hinggap
Lidah lidah bercabang menjilat darah keji
Kepalsuan pun ditelanjangi satu persatu

Dalam bahasa kurang ajar..
Buntingkan suara suara sumbang
Biar dunia ini akan terus membiak
Dengan anak anak kezaliman

Jadilah kurang ajar
Kerana alam tidak pernah mengajar
Menahan bahasa jalang dari menceroboh
Membenarkan kepala di injak injak..

5 comments:

kelompen said...

kita perlu menjadi kurang ajar, dalam kehidupan yang mencabar,
jika tanpa kurang ajar,
kita terbiar
terlantar. belajarlah untuk menjadi kurang ajar..

Qasih said...

Menjadi kurang ajar kerana kita sudah jelak melihat kebenaran tidak pernah menjadi benar..

kelompen said...

terlalu payah mencari kebenaran dengan lurus..kerana kita perlu menjadi kurang ajar sambil belajar .

Qasih said...

Kurang ajar kerana kita ingin belajar..

kelompen said...

kurang ajar menjadikan kita sedar
kurang ajar menjadikan kita faham makna "sebenar"..