Ketika setiap kali aku pulang
Di penjuru sudut setia memangku
Ibu tersenyum menyapa kehadiran
Di situ keindahan tersulam
Pada ketika lalu yang hadir
Di dapur tersaji harum masakan
Tiada bandingan air tangan ibu
Di meja bahagia selera terbuka
Tika saat luruh air mata
Di dada ibu terkumpul gelisah
Di mata tergenang mutiara jernih
Tanda simpati mengongsi derita
Seketika lagi aku hadir membawa sepi
Tiada lagi wajah suci ibu..
Di sudut tempat ibu menanti
Adalah ruang kosong tak terisi
Dalam sendu...aku bagai terlupa
Ibu sudah pergi..membelah langit duniawi
Hanya air mata membasahi...
.jpg)
4 comments:
Qasih
alangkah indah bila setiap kali panggilan kita akan disahut ibu. gua kehilangan ibu lama dahulu, tp hadirnya kenangan bersama dia tetap hidup mekar dan ranum, bagai semalam dengan senandung..
sehingga kini, selamanya gua tidak akan mampu, membalas jasa dia.
al fatehah buat ibumu...
ibu..adalah permata.kasihnya umpama mutiara di dasar hati..kehilangannya merengut segalanya..tiada lagi bahagia selain dari berada dalam pelukan sayangnya..kemanapun aku pergi..rindu ini akan selamanya di hati..
sebenarnya lah katamu
dialah wanita pertama memelukku
ketika aku jatuh
dialah yg mengesat airmata
ketika duka hadir.
seorang pernah berkata hargailah ibu berbaktilah kepadanya selagi dia ada..kehilangannya amat terasa..
Hari ini seperti yang tidak pernah aku mahu..ibu telah pergi..dengan seksa perit menanggung sakit..terasa mahu memanggil ibu kembali..kerana ruangan ini sudah kosong..
Post a Comment