!-end>!-local>
Saturday, February 13, 2010
LUKA YANG TERLUKA
Imbauan kelmarin datang lagi
Keindahan terukir dalam sendu seorang perindu
Harapan dipertaruh pada setia yang mungkir
Menyelami dasarmu dgn lautan tafsir
Buntu dalam mengalun kata
Keliru dalam mendengar bicara
Curiga dalam makna setia
Dengan segulung ombak tenang
Khalimah cintamu tulus pada dingin bayu
Perindu yang telah jenuh memangku harap
Lalu jatuh menghempas parah dalam luka sendiri
Pedih bila jauh menduga setia
Kecewa bila syg terkurung dalam gulita
Merana bila jiwa dipasung lara..
Aku faham erti sebuah rindu
Dalam dakapan harap yang tidak pernah pasti
Aku faham erti memiliki tapi lebih faham makna sebuah hakiki
Akukah yang sedang menghiris sanubari mu dengan gelung2 harap yang kosong?
Bagaimana untuk ku rawat luka mu
kerana saat ini aku sendiri sedang menjahit hati yang rabak...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
2 comments:
Qasih
sebuah luka mengajar makna sakit
erti sakit mengajar makna perit
tetapi jangan menjadikan serik sebagai sakit...langkah pertama adalah ruang pada langkah seterusnya, menulis dengan jiwa..
aku sudah terbiasa menempuh sakit..menanggung perit..mengendung pahit..namun aku tidak pernah mengenal erti serik..kerana aku ingin bahagia..
Post a Comment