Monday, February 22, 2010

LUAHAN RASA BUAT IBU

Ibu,rupa rupanya masih terlalu jauh perjalanan hidup kita dalam mencari cermin bahagia..
Ada keresahan,kesedihan dan harapan di wajahmu..Wajah kelatmu telah banyak mengumpul sejuta duka..
Sepanjang hidup kau telah melewati masa masa yang suram..dari cebisan luka semalam.
Kau berjuang menyeka gelombang tanpa pernah mengenal lelah..kerana kau bina harapan dari hati yang keras..
Ada keyakinan pada dinding sayangmu..kerana kau tidak ingin anak anakmu terus bermain di lantai derita..
Kentalnya dakapan seorang ibu meski hidup dikecam pilu..Dalam lipatan yang disulami bunga pudar kau masih mampu tersenyum mengumpul harap..Kita berkongsi derita kerana kau telah biasa dikasari kepayahan..mengajar aku menjadi berani mengejar mimpi mesli durinya terasa di kaki.
Aku bangga dengan semangatmu..Kau adalah kekuatanku..untuk melangkah.
Ibu..sebelum aku terlupa..meski kau telah tiada..dengan kasih yang masih tersisip..inginku bahagiakan mu dari jauh lihatlah semangat dan kekuatanmu ada di dalam diriku..Ingin kusapu air mata duka agar tiada lagi bintang bintang suram di langit..nantikan aku muncul dari kelam malam membawa cahaya si kunang kunang
buat menyinari hidup kita...

5 comments:

kelompen said...

Qasih
suatu kehilangan amat dirasakan, terutama kehilangan orang tersayang yang memberi kita makna kasih sayang, berkongsi suka duka, yang membesarkan kita.
Gua juga kehilangan...

Qasih said...

Kelompen,
Makna kehilangan terlalu sakit..dalam berdepan dengan sebuah kehilangan..kadang2 kita terlupa betapa beartinya sebuah kehadiran...

kelompen said...

Qasih
hadir yang hilang melenyapkan makna hilang yang hadir.
ketakutan kadangkala perlu kita hadapi dengan kental, dengan cekal yang amat...

Qasih said...

Thanx..adakala semangat dari orang yang rapat akan menjadikan kita lebih kuat menghadapi sebuah hadir yang hilang..

kelompen said...

Qasih..gua faham makna sakit tentang kehilangan, merasainya dengan jujur amat payah dalam perkataan, kita menjadi amat tidak berkesanggupan...