Friday, March 12, 2010

DENGAN PANDANGAN BASHIRAH


















Dengan pandangan bashirah...
Bersaksi antara mulus hati
Terpancar cahaya dari tujuh telaga jiwa
Terlihat cahaya halus dengan gerak rasa
Bukan dengan pandangan mata..
Tapi khalimah setia dalam ikhlas

Dengan pandangan bashirah...
Terangkat takbir rahsia malakut
Yang terhijab selama ini
Menghadirkan hati ketika lisan berzikir
Berbicara tentang hakikat dan maqamat

Dengan pandangan bashirah
Ku lihat kerohanian yang rindu..
Mata terbuka perasaan tertidur
Bersinggah sebentar di bumi fana
Ketika syaitan membelit hati

Dengan pandangan bashirah...
Terlihat hamparan ilmu dan buahnya cahaya
Ketika hati bertasbih dan menangis
Nikmat dan mabuk dalam makna hakiki
Terbukalah pintu langit mencurahkan rahmat

Dengan pandangan bashirah...
Di dalam relung hati yang paling dalam
Makhluk menjadi tirai mengenal diri
Nafsu menjadi tirai mengenal tuhan
Dan..dengan mata hati..
Segala galanya kosong..
Antara batu dan pasir...

6 comments:

kelompen said...

Qasih..salam
puisi yang baik, sufi.
aku kagum dengan nilai ketuhanan dan muhasabah diri di sini, betapa pandangan mata hati bukan zahir yg kosong. Soal kenal diri, membawa maksud amat dalam dan tinggi falsafah nya.
aku suka puisi ini..terus menulis dengan hati..

Qasih said...

Kelompen..,
pandangan bashirah adalah pandangan mata hati..yang terhijab oleh pandangan zahir yang membutakan mata hati...Dunia semakin kecil dalam pandangan..pandanglah dengan segenap sudut kerana ia meliputi segala sesuatu yang berasingan.pandanglah dengan mata hatimu.. bagaimana ghaib di pandangan tapi hadir di hadapan mata hati..Pandanglah dengan mata hati bahawa muamalah mu hanya dengan dia..dan kerana dia dan bukan kerana selain dia..

Zawawi Aziz said...

Salam Puisi
'Puisi yang indah"

Qasih said...

Salam saudara zawawi..terima kasih..dalam diri bila hati menjadi lurus jangan biarkan ia mati..ikhlas itu adalah jiwanya amalan..iman itu adalah makrifat..Kita memandang dengan pandangan mata hati agar kita tahu bahawa pandangan zahir hanyalah sekadar hiasan mata ..penyedap rasa yang cuma indah di pandang tapi kosong dalam makna...

faziz ar said...

salam qasih
satu cetusan mendalam tentang kesedaran berbentuk sufi
dengan gaya bahasa yang halus dan bait-bait yang indah
syabas bukan senang melahirkan puisi yang baik mutunya dan mengesankan...

Qasih said...

Salam saudara faziz..terima kasih kerana memahami bait2 kata dan maksud..apabila kita memandang semua kenikmatan itu dengan pandangan bashirah..nikmatnya dari DIA..maka lenyaplah kecintaan dari hati kita terhadap manusia.Apabila mata hati terbuka maka pandangan zahir akan tertutup..keindahan duniawi pun tiada bermakna lagi..