Saturday, March 13, 2010

DI MANAKAH ENGKAU KEKASIH



Di mana kah engkau kekasih..
Ketika selubung menutupi pesona
Berdirimu dengan sepenuh rasa dan jiwa
Walau dalam sekejap mata
Ketika aku ingin melihat indah
Dengan harap yang tak sudah...

Cinta...membuatkan aku tuli dari segala..
Cinta membuatkan aku buta dari pandangan
Pernahkah cinta seaneh ini..?
Hingga tidak mampu ternyanyikan...

Di manakah engkau kekasih..
Ketika pertama digerakkan jiwa
Menuju setiap kesangsian yang terlempar
Kenangan pun tersapa dalam harapan
Dan keinginan pun tertelan...

10 comments:

kelompen said...

Qasih
dengan pencarian, kita melangkah satu satu walau perlahan, naluri tetap ingin mencari dengan harapan ingin menemui sejuta makna, hidup dan kehidupan, betapa cinta dan rindu kepada kekasih..

Qasih said...

Andai aku bisa menjadi badadari..aku akan berada di atas sana dan melihat segala kehendakku..dan mengintai di mana kekasihku yang sedang berselindung..sedang aku disini ..masih mencari dalam sendiri...

kelompen said...

Qasih
keinginan adalah cita cita.harapan dan hasrat, kita menyatakan ingin dalam ruang sendiri.

Zawawi Aziz said...

...hanya kerana dia tidak mendengar
puisimu, andainya dia mendengar
tentu dia akah melayah turun, seperti burung camar menyambar ikan
di laut..

Qasih said...

Kelompen..,
keinginan sering kali menjadikan kita tidak keruan..kadang2 ada insan yang ingin merapati kita tapi kita lebih mencari yang lain sedang kita tahu betapa yang hadir itu mungkin yang terbaik buat kita...

Qasih said...

Saudara Zawawi,
Andai suaraku terdengar di serata buana..pasti aku bukanlah seorang perindu yang tercari2 dan sesat dalam diri..Andai sang kekasih mendengar suara hatiku mampukah dia membalut seluruh gelisahku sekian lama..

GHAFAR BAHARI said...

Qasih
Kembara cinta ini menuntut ujian
di kala perpisahan
semakin jauh semakin semakin rindu
seandainya ada harapan
ia akan tetap berbunga di hati
untuk selamanya.

Qasih said...

Saudara Ghaffar,
Dalam mencari kita menemui..dan mengharapkan pertemuan itu satu pengakhir pada sebuah pernantian..namun takkala harapan itu berbunga..daun2 keringpun mula meluruh dan jatuh bertaburan ke bumi..

iDAN said...

cinta tanpa jodoh takkan ke mana tetapi cinta itu tidak mati lantaran tanpa jodoh

jodoh pun sama jika tanpa cinta pasti takkan ke mana tapi bukan mustahil dengan jodoh yang ada kita boleh membina cinta

cinta itu boleh kita semai di tanah tandus sekali pun jika kita benar-benar jujur & ikhlas dalam bercinta...

Qasih said...

Saudara idan,
cinta seringkali menguji setia kita..
ia hadir dan pergi sesuka hati..sebuah percintaan tidak semestinya berakhir dengan perkahwinan dan sebuah perkahwinan tidak semestinya akan menoktahkan sebuah kehadiran cinta..