Saturday, March 6, 2010

LAUTAN TAFSIR





Telah ku selami dasarmu dgn lautan tafsir
Dalam segulung ombak keliru..
Bahawa cintamu adalah tulus dalam tanda tanya
Pada dingin bayu yang malu..
Perindu setia telah lama menanti jawapan
Pada sebuah teka teki yang berbalam
Aku terawang awang mencari arti setia
Lalu jatuh menghempap parah dalam luka peribadi
Buntu dalam menafsir kata..
keliru dalam mendengar bicara
Curiga dalam makna setia..
Pedihnya bila jauh menduga jarak setia..
Sakitnya rasa bila sayang terkurung dalam gulita
Jiwa pun gerhana di pasung lara..
Aku faham erti sebuah rindu dalam dakapan harap
Yang tidak pernah menjanji pasti
Aku faham erti memiliki..
Tapi lebih faham makna sebuah hakiki....

6 comments:

kelompen said...

Qasih
berdiri di sini menafsir laut
diri adalah buih antara gelombang
memecah ke pantai dalam derai
berdiri di sini dipukul gelombang
diri diasak bermusim bimbang

Qasih said...

dalam menafsir sebuah hati..adakala kita terkeliru..kebimbangan adalah realiti takkala curiga menguasai diri..

faziz ar said...

salam
membaca dan mengenal puisimu yang tersendiri....

Qasih said...

Saudara faziz..puisi lahir dari jiwa..ia terluah dari dalam diri..dengan sakit sendiri..kita menafsir..Thanx..

GHAFAR BAHARI said...

Qasih
telah berzaman
deru ombak laut membisikan rindu
pada pantai yang merubah gelisah
namun dihempasnya juga disana
tidak henti menyanyikan lagu lara pada batu batu setia
pada kulit kulit siput yang tersisa
kata cintanya sentiasa bergelora
dihempasnya lagi sekuat kata
tidak pernah jemu
ia meronta.

Qasih said...

Salam saudara Ghafar..,
Segulung ombak itu
Menyimpan seribu tafsir
Penuh teka teki
Curiga menguasai diri
Saat kesakitan merantai hati
sebuah tanda tanya
Akan terbiar sendiri
Tanpa jawapan...