Saturday, March 6, 2010

PEREMPUAN ITU

Perempuan itu adalah aku..
Yang telah lama memangku payah
Termanggu di penjuru harap
Dalam lelah yang panjang..
Dia sudah tidak mampu menyeka air mata
Yang jatuh dan terhempas ke dasar hati..
Saat juraian air mata gugur satu persatu..
Hatipun luluh seakan mati..
Tiada lagi alun merdu suara seorang perindu..
Mengisi ruang ruang pengap yang kosong
Kerana sang perindu..telah melabuhkan resahnya
Di antara hujung hujung kerikil
Gelisahpun semakin melebat..
Dan ketika rindu kian patah..
Kukutip helai helai harapan..
Bertaburan di dada takdir
ku rangkaikan ia menjadi kalungan indah..
Andai masih ada cinta...
Maka cintalah yang akan aku jadikan nyawa
Andai masih ada sayang...
Maka sayanglah yang akan kuzikirkan
Menjadi khalimah rindu...

2 comments:

kelompen said...

Qasih
engkaulah perempuan seorang..
bersama tenang
bernama lapang

Qasih said...

pEREMPUAN ITU ADALAH AKU....